Naluri Wanita...



One of the question yang I selalu kena jawab berulang kali adalah, apabila girls tu, TERASA pasangan dia curang…atau pelik akan perubahan boyfriend atau suami mereka.



Go ahead and read… very sure it’s the answers that you all looking for!

Selalulah percaya kepada naluri anda sendiri yang berhubung dengan minda anda. Kerana naluri wanita amat kuat bagaikan berkait dengan lelaki yang akan atau bakal dicintai. Lebih-lebih lagi kalau sudah ada rasa sayang.

Untuk anda mengelak dari terkecewa atau berduka, fokuskan betul-betul pada perasaan dan naluri anda. Cuba rasakan hati nurani lelaki yang sebenarnya.

Cuba hela nafas yang panjang, pejamkan mata dan perlahan-lahan rasakan apakah naluri anda berkata – apakah dia jujur, ikhlas atau sebaliknya. Selami jiwa dan minda anda sedalam-dalamnya, rasakan, tanyakan….

“Apakah dia jodoh aku atau dia hanya menyinggah di kala sepi sahaja?”
“Mungkinkah dia bukan untuk aku?”
“Apakah dia bakal pasangan aku untuk selama-lamanya?”
“Apakah aku akan terkecewa cinta lagi jika aku teruskan bersamanya?”
Sebenarnya, setiap kali hati anda mulai bertanya, itu bermakna, naluri anda telah menggerakkan deria rasa dalam diri anda.

Maka rasailah ia dan percaya kepada naluri anda, percaya kepada kuasa minda anda.
Jika anda kuat rasakan yang dia menipu…mungkin dia benar-benar menipu. Jika anda rasakan yang dia bukan untuk anda, mungkin benarlah dia bukan untuk anda. Maybe ianya susah untuk anda membuang perasaan minat atau sayang kepadanya yang telah lama anda minati. Tetapi, hey beb…you have to learn to accept it!…
“Some things…are not meant to be!” Kita cuba buat macam-macam, kita usaha apa sahaja, tetapi kita tetap tidak berjaya. Itu bermakna kita kena tukarkan arah perjalanan hidup kita.

Malah, mungkin kita kena ubahkan cara pemikiran kita. Kita kena cuba hidup baru…Hanya mungkin setelah kita melakukan perubahan itu, jodoh akan hadir di dalam hidup kita, insyaAllah!

Tetapi jika gagal juga di dalam cinta, you kena be happy…kerana you sudah menghampiri kejayaan! Setiap kali saya gagal bercinta, kehilangan orang saya cintai, Tuhan pasti akan menemukan orang lain yang jauh lebih baik dari sebelumnya!. So..untuk anda? saya pasti pemberian Tuhan tetap sama!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...